Thursday, August 13
akhirnye..de komen baru....
Maaf atas kesibukan... Terima kasih.
Written by Siti Nurhaliza
Tuesday, 11 August 2009 18:01
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Terlalu lama Siti tidak menulis di sini tetapi Siti percaya anda semua memahami kesibukan Siti. Sejak daripada persediaan Konsert Satu hinggalah ke hari ini, nampaknya ada sahaja kerja yang perlu dilaksanakan. Siti akui terpaksa menghabiskan banyak kerja kerana tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan. Lazimnya bulan penuh keberkatan ini Siti mahu perlahankan aktiviti seni dan mengambil peluang untuk berehat bersama keluarga.
Lantaran telah lama tak menulis di sini, pertama sekali Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan, sokongan dan semangat yang anda berikan kepada Siti, SNP dan Yayasan Nurjiwa sebelum dan selepas Konsert Satu di adakan. Siti akui bekerja keras untuk memberi kepuasan kepada anda semua dan Alhamdulillah maklumbalas yang Siti terima amatlah memberangsangkan.
Siti ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah datang menonton konsert tersebut dan menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada Yayasan Nurjiwa. InsyaAllah apa jua kebaikan daripadanya akan mendapat keberkatanNya.
Siti juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para peminat di mana saja anda berada kerana sokongan yang padu untuk Anugerah Planet Muzik di Jakarta baru-baru ini. Kejayaan Artis Wanita Paling Popular Malaysia dan Artis Serantau Paling Popular adalah sokongan anda yang tak berbelah bahagi. Siti amat terharu sekali kerana anda tidak pernah jemu menghadiahkan Siti kejayaan.
Siti juga berpeluang bertemu sebahagian daripada peminat Siti di Indonesia sewaktu ke APM dan hendaknya rindu anda semua telahpun terubat.
Mengenai pertanyaan peminat tentang DVD Konsert Satu, jika ada rezeki Siti akan usahakan dan untuk waktu yang terdekat ini, peminat di Malaysia mungkin berpeluang menontonnya terlebih dahulu di salah sebuah saluran televisyen tetapi biarlah Siti umumkan bila tiba masanya nanti.
Ramadhan ini, satu lagi buah tangan Siti akan menemui anda iaitu sebuah album kerohanian berjudul Tahajjud Cinta. Album ini bukan album nasyid tapi sebuah album yang sarat dengan mesej kerohanian, ketuhanan dan motivasi yang baik untuk kita menjalani kehidupan. Siti amat berharap agar album ini dapat memberikan sesuatu yang bermakna buat anda yang memilikinya nanti dan berdoa agar album ini akan menempa kejayaan dan sambutan yang baik.
Album ini bukanlah sebuah album sempena Ramadhan tetapi ia adalah album solo Siti yang dikeluarkan lebih awal dari biasa kerana hujung tahun nanti Siti akan muncul dengan album duet bersama Kris Dayanti. Besar harapan Siti agar semua perancangan karier Siti akan berjalan lancar.
Kepada seluruh peminat dan umat Islam, Siti ucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi. Moga hari-hari yang kita lalui akan terus beroleh kesejahteraan dan keberkatanNya.
Salam ikhlas...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment